CARTA ORGANISASI KOR KADET POLIS SMK MALIM NAWAR SESI 2010

PENAUNG : PUAN HAJAH MAZNAH BT. BAHADON

PENASIHAT KADET : TUAN HAJI ISA B. HASSAN
ENCIK AZAM B. IBRAHIM
PUAN NORLINDA BT. ALIAS
CIK NURUL FIRDAUS BT. HAJI SALLEH

AHLI JAWATAN KUASA TERTINGGI

PENGERUSI : MUHD AFDZAL AZIM B. JAMIL
Bold
NAIB PENGERUSI : NORA SHAKILLA BT. HALIM

SETIAUSAHA : RADHIATUL ADAWIYAH BT. JAMALUDIN

NAIB SETIAUSAHA : MUHD ZAMIR B. ZAMRI

BENDAHARI : NUR MUHD JAMIL B. ROSMAN

NAIB BENDAHARI : ZAMHIZATUL ATIKAH BT. ZAMRUDDIN

AJK TINGKATAN

TINGKATAN 5
: SURAYA HANIM BT. ROSLAN

TINGKATAN 4 : MUHD IZZAT B. KAMARUL ARIFFIN

TINGKATAN 3
: NUR UMAIRAH BT. WAHED

TINGKATAN 2
: SITI NORUL SYAFIQA BT. ASLAM



Lagu Pasukan Kadet Polis

Menyahut seruan negaraku
Negara yang tercinta
Kami bersatu bergerak maju
Berkhidmat kepada semua
Pasukan Kadet Polis Diraja
Membuktikan jasanya
Taat setia menurut arahan
Walau diri terkorban
Satu wawasan satu tujuan
Aman sentosa untuk semua
Tidak kenal putus asa
Sentiasa berusaha
Sejahtera bangsaku Malaysia
Serumpun bangsa mulia
Tegas menegakkan keadilan
Hingga zaman berzaman

DARJAH-DARJAH KEPAHLAWANAN PASUKAN POLIS


PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.P.P.)

Meraka yang layak menerima pengurniaan ini ialah Inspektor Jeneral Polis (IGP). Deputi Inspektor Jeneral (DIG)dan Pengarah-Pengarah di dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia. Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai kedudukan setaraf layak menerima secara Kehormat.





PANGLIMA SETIA PASUKAN POLIS (P.S.P.P.)

Darjah pangkat kedua ini dianugerahkan kepada mana-mana pegawai tinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia yang berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP), Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) atau Asisten Komisioner Polis (ACP). Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang setaraf juga layak menerima pengurniaan Kehormat.








PAHLAWAN PASUKAN POLIS (P.P.P.)

Darjah ini dianugerahkan kepada mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat Superintenden Polis (Supt), Deputi Superintenden Polis (DSP)dan Asisten Superintenden Polis (ASP). Darjah pangkat ketiga ini boleh dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf sebagai pengurniaan Kehormat





KESATRIA PASUKAN POLIS (K.P.P.)

Darjah pangkat keempat ini dianugerahkan kepada mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat Chief Inspektor Polis (C/Insp), Inspektor Kanan (Comfirmed Inspector)dan Inspektor. Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf juga layak menerima pengurniaan Kehormat.





BENTARA PASUKAN POLIS (B.P.P.)


Darjah pangkat kelima ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pegawai Rendah Polis termasuk kurniaan Kehormat kepada Pegawai- Pegawai Rendah Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf.







PINGAT KEBERANIAN POLIS (P.K.P.)

Darjah ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menunjukkan keberanian sewaktu menjalankan tugas tetapi tidak layak mencapai kelayakan bagi menerima bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) dan Panglima Gagah Berani (P.G.B.).



Pangkat-pangkat Dalam Pasukan Polis

Inspektor Jeneral Polis (IGP)


Komisioner Polis (CP)

Senior Asisten Komisioner Polis I & II (Sac I & II)

Asisten Komisioner Polis (ACP)

Deputi Superintenden Polis (DSP)

Asisten Superintenden Polis (ASP)

Inspektor (Insp)
Sarjan Mejar (SM)

Sarjan (Sjn)

Koperal (Kpl)

Lans Koperal (L/Kpl)




ORGANISASI UNIT BERUNIFORM PASUKAN KHOR KADET POLIS SMK MALIM NAWAR 2009

Penaung : Pn. Hjh Maznah Binti Bahadon

Guru Penasihat :Tn. Haji Isa B. Hassan

: En. Ahmad Azam B. Ibrahim

: Puan Norlinda Binti Alias

: Cik Nurul Firdaus Binti Hj Salleh

Pengerusi : Sarwinder Singh

Naib Pengerusi : Muhammad Afdzal Azim B. Jamil

Setiausaha : Radhiatul Adawiyah Binti Jamaludin

Naib Setiausaha : Mohd Khairi Adha B. Zolkifle

Bendahari : Fatin Mastura Binti Mohd Isa

Naib Bendahari : Nur Amalina Binti Zainal

AJK : Tingkatan 5 : Muhd faizzudin B. Saharuddin

: Fakriah Binti Abdul Hamid

Tingkatan 4 : Mohd Akmal B. Fahmi

Tingkatan 3 : Muhammad Izzat B. Kamarul Ariffin

Tingkatan 2 : Muhammad Rais Hilmi B. Mokhtar

Sejarah Kadet Polis



Bahagian XI akta polis 1967 telah membolehkan penubuhan pasukan kadet polis di mana-mana sahaja di Malaysia sepertimana yang diperintah Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri.

Pasukan kadet polis terdiri daripada pegawai kanan PKP, pegawai pangkat rendah PKP dan anggota PKP. Penubuhan kadet polis hanya di jalankan di sekolah menengah sahaja dan boleh disertai oleh pelajar lelaki (PKP lelaki) dan pelajar perempuan (PKP wanita).

Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan).

PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-an.

Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul.

Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.

Matlamat penubuhan PKP adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri, membina semangat kerjasama dan patriotik di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisian dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.

Memandangkan keberkesanannya, maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun pada tahun 1992 dan kepada 579 platun pada tahun 1996 di seluruh negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli unit beruniform. Di negeri Pulau Pinang, sejumlah 30 buah platun telah ditubuhkan sehingga tahun 2000.

Latihan/Keahlian


Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun. Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:-

Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.
Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
Pertolongan Cemas
Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya
Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.